Order Pantas

  • Tiada produk dalam order ini

Soalan Lazim

Produk

Apakah beza produk Makanlab GROCER vs Makanlab NIAGA?

Makanlab Grocer adalah produk ke rumah khas untuk Lembah Klang sahaja dengan minimum penghantaran 1 paket.


Makanlab Niaga adalah produk untuk orang niaga dan penghantaran ke seluruh Semenanjung Malaysia dengan minimum penghantaran 1 carton.

Di mana boleh saya dapatkan produk makanlab?

Di mana boleh saya dapatkan produk makanlab?

Boleh saya beli 1 paket dari website makanlab?

Boleh! Anda boleh dapatkan 1 paket untuk Makanlab Grocer sahaja tetapi penghantaran terhad di Lembah Klang.

Untuk produk Niaga perlu 1 carton minimum dan penghantaran ke seluruh Semenanjung Malaysia termasuk Langkawi.

Adakah produk anda halal?

Ya produk ini mendapat halal JAKIM.

Setiap bahan mentah yang digunakan untuk menghasilkan produk ini ada sijil Halal dari badan yang disahkan oleh JAKIM.

Penghantaran

Apakah kenderaan yang digunakan bagi menghantar produk makanlab?

Cold truck dengan suhu beku untuk Makanlab Niaga.


Runner menggunakan motor atau kereta untuk Makanlab Grocer.

Makanlab boleh hantar ke kawasan mana?
Makanlab NIAGA >> Seluruh Semenanjung Malaysia (termasuk Pulau Langkawi, Genting Highlands & Cameron Highlands).

Makanlab Grocer >> Lembah Klang sahaja.

Kami tidak hantar ke Sabah, Sarawak dan luar negara.
Saya ada emergency order, boleh saya datang ke makanlab untuk self-pickup?
Maaf, kami tiada perkhidmatan self pickup buat waktu ini.

Anda BOLEH self-pickup dari pengedar kami tertakluk kepada terma setiap pengedar.

Sila cari pengedar yang mempunyai label "self-pickup available" di sistem lokasi pengedar. 

Saya sudah menempah order, apakah status order saya?

Dijemput gunakan "Delivery Tracker" untuk maklumat status order.

Apakah maklumat yang saya dapat dari "Delivery Tracker"?

Anda dapat maklumat berikut: Penerimaan Order, Pembuatan Produk, Produk dalam Transit dan Delivery.

Berapa hari yang diperlukan untuk mendapat order saya?

Kami akan menghantar dalam tempoh 3-5 hari bekerja (tidak termasuk cuti am) dari pengesahan pembayaran order.

Apakah hari penghantaran makanlab?

Hari penghantaran adalah dari Isnin ke Sabtu sahaja (tidak termasuk cuti am dan cuti negeri).

Boleh saya mohon waktu spesifik untuk hantar produk saya?

Kami tidak mempunyai servis waktu spesifik penghantaran.

Walaubagaimanapun syarikat penghantaran akan membantu sebaiknya untuk hantar pada waktu sesuai dengan memohon kepada mereka selepas mendapat nombor delivery tracking. 

Ada masalah dengan produk saya, boleh saya buat refund atau gantian?

Boleh, tetapi pastikan sebarang pengesahan produk dibuat semasa penerimaan produk.

Sila pastikan anda periksa semua kotak dan produk yang diterima.

Selepas anda menerima produk, kami tidak boleh membuat sebarang refund.

Pesanan dan Pembayaran

Apakah sistem pembayaran makanlab?

Kami hanya menerima pembayaran melalui online banking (FPX).


Pembayaran melalui cash tidak diterima. 

Bolehkan saya membuat pesanan melalui whatsapp?
Untuk membantu beri servis terbaik dan tiada masalah tertinggal order, hilang resit dan lain lain, sila gunakan website makanlab.

Kami tidak menerima sebarang order kecuali menggunakan sistem online makanlab.