Order Pantas

  • Tiada produk dalam order ini

Projek Abang Burn 2.0


Abang Burn sedang diupgred secara berperingkat dari akhir tahun 2018 dan bakal lengkap akhir tahun 2022.


Resipi patty, roti, sos dan sayur kini lebih mantap dan setara dengan jenama Abang Burn yang dikenali ramai.


Menu baru hasil air tangan Founder Abang Burn (makanlab) bersama team sedang giat dibuat dan dikeluarkan.



Sasaran 35 cawangan seluruh Malaysia & luar negara menjelang tahun 2022.



Beroperasi aktif dari waktu pagi hingga lewat malam dengan 7 kategori menu unik.



Status projek : 15% siap.

Asas : Burger Abang Burn Yang Lebih Mantap


Menu baru Abang Burn berkisar kepada toppings yang banyak dan menarik.


Dari telur goyang, mushroom goreng, bawang karamel, cheese aligot tarik dan banyak lagi diberikan kepada pelanggan.


Burger ini harus unik dari segi kombinasi dan mampu menarik selera pelanggan berkali-kali.


Nasi : Menu Bakar Luar Biasa


Ikan Bakar, Kambing Bakar dan Ayam Bakar dimodenkan dengan konsep talam.


Produk bakar ini mengambil masa 8 bulan untuk disiapkan.


Antara rasa luar biasa - pes ikan bakar yang mempunyai 3 rasa pedas, masin dan masam serentak, air asam kerisik seperti kenduri kahwin di kedah, sambal kicap madura yang pedas menyengat, sup 15 rempah dan sambal belacan asam manis.



Kepimpinan : Bahan Rahsia Kedai Makan Berjaya


Pengalaman jatuh bangun Founder Abang Burn dalam mengendalikan perniagaan makanan dimasukkan ke dalam model bisnes baru ini.


Rahsia berjaya dalam perniagaan makanan adalah manusia. Makanan itu faktor kedua.


Bisnes Abang Burn mengutamakan kepimpinan "bercontoh dari perbuatan" dan hubungan erat pemimpin dan ahli kumpulan untuk berjaya.