Order Pantas

  • Tiada produk dalam order ini

Peralatan Dapur Bawah RM200 Dah Boleh Niaga Burger Ayam Crispy

Tips ini boleh digunakan jika anda mahu berniaga dengan modal kecil.


Ada 3 lubuk untuk dapatkan peralatan dapur untuk niaga dengan kos paling murah:

  • Dari dapur rumah sendiri
  • Kedai "second hand"

  • Kedai peralatan dapur atau hardware (Wei King Meru, Mr DIY)

  • Online (Lazada, Shoppee, Facebook Marketplace)


Kami tidak sarankan kedai peralatan dapur atau hardware kecil untuk dapatkan harga murah kerana kedai besar seperti Mr DIY beli secara pukal, maka harga selalu jauh lebih murah.

Peralatan dalam video kami beli dari kedai peralatan dapur di Tembikar Wei King Sdn Bhd di Meru, Klang.

Tempat ni rambang mata nak beli semua tapi rata-rata peralatan dapur niaga boleh dikatakan murah. 

Kalau tak mahu pandu kereta boleh beli secara online di bawah:

  • Stainless Steel Colandar / Pengaut Ayam - RM 9.90 (Shopee)
  • Kuali Keluli - RM 80 (Shopee)

  • Aluminium Tray - RM 20 (Lazada)

  • Jaring Minyak untuk Tray - RM 15.88 (Lazada)

  • Penyepit - RM 8 (Mr DIY)

  • Gunting - RM 3 (Mr DIY)

  • Patty Ayam Crispy (Makanlab)


Meja, tong gas dan dapur gas boleh ambil dari rumah sebelum dapat modal beli untuk niaga.

Untuk blog seterusnya kita cari stall lipat + peralatan bawah RM 1,000 untuk jalankan bisnes Burger Ayam Crispy!

Related Articles

2 thoughts on “Peralatan Dapur Bawah RM200 Dah Boleh Niaga Burger Ayam Crispy

  1. avatar Bammie says:

    Assalamualaikum saya nak tye.. Camne nk jdi peniaga burger ayam crispy

  2. avatar Anje says:

    Macam mana nak join jalan kan bisnes burger ayam crispy ni?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *